Tuesday, 19 April 2016

PERATURAN KEBAKARAN

LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PARIT.







Peraturan Keselamatan

1.    Apabila loceng kecemasan dibunyikan berulangkali, semua guru dan   
      murid hendaklah dengan segera mengambil langkah-langkah berikut:
a.)                 Ambil barang-barang keperluan sekolah seperti beg, buku dan berdiri di sisi
 meja masing-masing. 
Tunggu arahan guru.
b.)                Keluar dari bilik darjah dan beratur.
c.)                 Berjalan dengan pantas ke tempat perhimpunan / berkumpul mengikut laluan /
 lorong yang telah ditentukan.
d.)                Semasa berjalan menuju ke tempat perhimpunan yang telah ditentukan murid-
                        murid dilarang :
i)              membuat bising / bercakap-cakap.
ii)             berlari-lari.
iii)            potong-memotong.
iv)           keluar dari barisan.
2.      Semua murid beratur di tempat perhimpunan yang telah ditentukan 
         mengikut kelas.
3.      Murid-murid dilarang membuat bising semasa berhimpun.
4.      Guru Darjah / Ketua Darjah dikehendaki mengambil Buku 
         Kedatangan Harian Murid daripada kerani di tempat perhimpunan.
5.      Guru Darjah membuat panggilan baris ( roll call ) untuk memastikan
         kehadiran murid dalam barisan itu.
6.      Murid yang tidak hadir dalam barisan hendaklah dijalankan usaha  mencarinya.
7.      Pengerusi Kawad Kecemasan Kebakaran membuat laporan tentang
         kehadiran murid di perhimpunan itu kepada Guru Besar / Penyelaras.
8.      Murid-murid dilarang sama sekali balik ke kelas atau menghampiri
         bangunan untuk mengambil barang yang tertinggal.
9.      Guru Bertugas / Penyelaras / Guru Besar akan memberi laporan
         tentang kebakaran / latihan kebakaran yang berlaku kepada murid- 
         murid tentang tindakan seterusnya.
10.    Murid-murid hanya  dibenarkan masuk ke kelas masing-masing 
        apabila telah diarahkan oleh Guru Bertugas / Penyelaras / Guru Besar 
        atau Pegawai Bomba jika kebakaran benar-benar berlaku.

Peraturan Mencegah / Mengelak Kebakaran

1.      Pastikan dawai letrik dan alat-alat letrik dalam keadaan sempurna dan
         selamat digunakan.
2.      Jangan gunakan alat-alat letrik yang telah rosak.
3.      Jangan membuat sambungan dasar sendiri tanpa kelulusan TNB.
4.      Jangan salahgunakan alat-alat letrik.
5.      Tong gas dan saluran gas dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
6.      Berhati-hati ketika menggunakan lilin dan ubat nyamuk.
7.      Lengkapkan bangunan dengan alat pemadam api.
8.      Jauhkan bahan-bahan yang mudah terbakar dari punca api / api.

“ API kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.


PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA



















BENDERA SEKOLAH




PETUNJUK:

WARNA BIRU          : Perpaduan rakyat berbilang kaum di Negara ini.
WARNA KUNING    : Kesetiaan kepada Raja
WARNA HITAM       : Melambangkan Rakyat Malaysia
WARNA PUTIH       : Kesucian/Kebersihan
WARNA MERAH     : Keberanian



Makluman:


Bendera ini telah direka pada bulan Ogos oleh guru-guru dan AJK PIBG sesi 2003/2004 dan ditempah pada bulan Disember 2004. Bendera ini telah dirasmikan pada 29 Mac 2005 (Selasa) jam 4.00 petang sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 oleh Yang Berhormat Dato’ Norhayati binti Omar DNSN, PMC, PJK – ADUN Kuala Pilah.

PIAGAM PELANGGAN SK KAMPONG PARIT, KUALA PILAH

Kami guru-guru SK Kampong Parit, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh menguasai kelulusan 100% pencapaian kemahiran-
     kemahiran 3M dengan baik dan penuh amalan agama Islam.
2.    Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran sifir 2 hingga 9.
3.    Pelajar dapat menguasai bacaan solat untuk membolehkan mereka mendirikan solat.
4.    Memupuk minat sedia ada pada pelajar ke tahap yang lebih kreatif  dan berwawasan.
5.    Menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran terkini agar pengetahuan yang
     disampaikan diterima dengan cara yang menyeronokkan.
6.    Mengadakan mesyuarat panitia dan kurikulum untuk tujuan perancangan dan pelaksanaan
     pengajaran.
7.    Mengadakan penilaian bulanan, semester 1 dan semester akhir untuk tujuan penialian
     keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
8.    Pelajar akan dilayan dengan mesra dan saksama.
9.    Menyediakan kemudahan asas kepada pelajar ke tahap maksima demi keselesaan
     mereka.
10. Berhubung rapat dengan ibubapa dan masyarakat setempat melalui permuafakatan serta
       Persatuan Ibubapa dan Guru.
11.Bersedia menghadiri kursus-kursus anjuran PKG, PPD, JPNS dan           Kementerian
      Pendidikan demi untuk meningkatkan profesyen keguruan.

Thursday, 7 April 2016

LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PARIT, KUALA PILAH



Sekolah Kebangsaan Kampong Parit adalah sebuah sekolah kategori luar bandar.Sekolah ini terletak berdekatan dengan Masjid Kampong Parit dan kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah.Sekolah ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah.

            Sekolah ini mudah diakses menggunakan laluan Jalan Seremban Lama ke Kuala Pilah yang merupakan jalan pintas ke Bahau.Sekolah yang berdekatan dengan sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi.