Sekolah
Kebangsaan Kampong Parit adalah sebuah sekolah kategori luar bandar.Sekolah ini
terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah dan kedudukannya dalam
daerah Kuala Pilah.Sekolah ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah
Kuala Pilah.
Jarak
sekolah ini dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan adalah kira-kira 38 kilometer
dan kira-kira 7 kilometer daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah.
Sekolah ini mempunyai murid seramai 30 orang (Enrolmen murid pada Februari
2016) dan sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM)
Sekolah
Kebangsaan Kampong Parit ini terletak di dalam kawasan kampung Murid-muridnya
adalah datang daripada kampung yang berhampiran seperti Kampong Parit, Kampung
Parit Seberang, Kampung Melang Tengah,Kampung Ulu Melang, Kampung Jawa dan
beberapa penempatan lain seperti, Taman Waja, Rumah Rakyat Ampang Tinggi dan
Kuarters Polis Kuala Pilah
Sekolah
ini terletak di laluan Jalan Seremban Lama berdekatan dengan Masjid Kampung
Parit dan berada di laluan pintas Kampung Parit ke Melang.
No comments:
Post a Comment